Monday, October 12, 2009

TADIKA NUR DANISH

SELAMAT DATANG KE BLOG
TADIKA NUR DANISH


Tadika Nur Danish adalah merupakan pusat didikan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Tadika Nur Danish telah ditubuhkan pada Januari 2009 bertempat di No. 52, Jalan M10, Taman Merdeka, 75350 Batu Berendam, Melaka Bandaraya Bersejarah.






PRINSIP KAMI
  • Di bawah kawalan Jabatan Kebajikan Malaysia.
  • Berdaftar di bawah Persatuan Pengasuh Negeri Melaka.
  • Para pendidik yang bertauliah, penyayang, prihatin dan bertanggungjawab.
  • Menitik beratkan dari segi kebersihan dan keselamatan.
  • Mementingkan penerapan nilai-nilai murni.
  • Tidak membebankan para pelajar: sistem pendidikan terkini untuk kesinambungan sistem pendidikan bersepadu sekolah rendah (Pra sekolah).
  • Mementingkan perkembangan menyeluruh dari aspek fizikal, kognitif, bahasa dan sosio-emosi.
  • Meningkatkan stimulasi minda para pelajar mengikut kesesuaian peringkat umur.



Di antara aktiviti-aktiviti harian di Tadika Nur Danish

OBJEKTIF KAMI
  • Meningkatkan potensi para pelajar/kanak-kanak dari segi intelek, rohani dan jasmani.
  • Membentuk dan melahirkan para pelajar/kanak-kanak yang lebih kreatif, dan lebih cemerlang.
  • Memupuk nilai-nilai murni di kalangan para pelajar/kanak-kanak dalam kehidupan seharian.
  • Memberikan pendedahan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan perkembangan para pelajar/kanak-kanak.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  • Skim perlindungan insurans 24 jam disediakan.
  • Menu harian kanak-kanak yang berkhasiat mengikut peringkat umur (di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  • Aktiviti-aktiviti kanak-kanak yang disediakan merangkumi perkembangan menyeluruh (learning through play).
  • Pengangkutan ke Sekolah Agama JAIM disediakan bagi para pelajar transit.
  • Pemeriksaan gigi percuma oleh Kementerian Kesihatan (Unit Pergigian).

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  • Penjagaan kanak-kanak dari 1 bulan dan ke atas.
  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas waktu sekolah.
  • Memberikan perkhidmatan sementara (sekiranya ibu bapa hendak pergi membeli belah, menghadiri kursus, melancong dan lain-lain hal yang berkaitan).
  • Menyediakan tuisyen, kelas mengaji Quran, praktikal solat, dan fardhu ain.
  • Menyediakan tuisyen bagi kanak-kanak yang bersekolah Cina, SJK (C).
  • Melatih kanak-kanak dengan mengikuti program "Mr. Potty Totty" (toilet training).
  • Kami juga memberikan pendedahan kepada anak-anak anda bagaimana menguasai Bahasa Inggeris dan Matematik dengan lebih mudah dan menyeronokkan (melalui pendekatan berbentuk nyanyian, sebutan/pertuturan, dan lakonan).
  • Menyediakan perkhidmatan syif di waktu malam (bergantung atas permintaan).


KATEGORI PENJAGAAN KANAK-KANAK


MASA PERKHIDMATAN PENJAGAAN
DARIPADA HARI ISNIN SEHINGGA HARI JUMAAT
SEPENUH MASA 7:00 PAGI - 6:00 PETANG
SEPARUH HARI 7:15 PAGI - 2:00 PETANG
HARI SABTU (BERGANTUNG ATAS PERMINTAAN)



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
PN. ROSE
016 - 626 4141
016 - 644 8246
 

TADIKA NUR DANISH (MA 0127082-U) Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting